Laman Utama        Organisasi        Pengenalan       Keahlian        Borang Keahlian        Galeri       HAM Blogger       Shopping Mall       Teknikal

LOGIN AHLI     Callsign:

Katalaluan:

 PENGENALAN DAN PENUBUHAN

RADAS TERUS CEMERLANG - ( 9M4RTC ) 147.675 mhz, tone 151.4, Gps 236.22 feet (MSL)

        

MENGENALI RADIO AMATUR

Operator Radio Amatur berkomunikasi diantara satu sama lain setiap hari dengan mengunakan system penyiaran dan satelit Amatur. Mereka juga boleh memberikan servis ketika berlakunya bencana alam sekiranya system komunikasi yang lain  tidak boleh berfungsi atau ketiadaan kemudahan komunikasi yang lain.

Radio Amatur diiktiraf didalam Aktar Komunikai dan Multimedia (Spectrum) Peraturan 2000 adalah bermaksud Servis Radio Komunikasi (termasuk Terrestrial & Satelite) iaitu mengunakan Stesen dengan tujuan latihan sendiri, berkomunikasi, penyiasatan teknikal kepada seseorang yang ingin mendalami teknik radio yang mengikut Peraturan 27(1) Aktar Komunikasi dam Multimedia (Technical Standards) dan  memiliki kewibawaan serta kemahiran.

Radio Amatur juga telah diiktirafkan sebagai salah satu peralatan berkomunikasi radio yang mana ITU (International Telecommunication Union) mengendali dan mengadakan satu frekuensi khas untuk perkhidmatan Radio Amatur yang akhirnya frekuensi tersebut dapat digunakan diseluruh dunia.  

KEGUNAAN RADIO AMATUR

Stesen Radio Amatur atau Operator Radio Amatur dikenali sebagai "Radio Ham" atau "HAM". Aktiviti-aktiviti Radio AMATUR dapat dipelbagaikan  contohnya:-

  1. Berkomunikasi dengan Stesen Radio Amatur diseluruh dunia dengan mengunakan Radio HF.

  2. Berkomunikasi diantara bandar - bandar tempatan dengan mengunakan radio VHF dan UHF Transceivers.

  3. Memberi khidmat Komunikasi ketika berlakunya bencana alam sekiranya tidak terdapat alat komunikasi yang lain atau alat komunikasi yang lain tidak berfungsi.

  4. Pembuatan Radio, Pemancaran, Penerimaan dan Antenna Sendiri.

  5. Komunikasi di dalam orbit satelit tanpa sebarang kos.

  6. Berkomunikasi dengan Angkasawan ketika mengelilingi dunia.

  7. Kajian mengenai Television Amatur (ATV), Slow Scan TV (SSTV) atau menghantar gambar potret dengan menggunakan Faksimili.

  8. Mengambil bahgian didalam aktiviti Mencari dan Menyalamat.

PERINGATAN

Stesen Radio Amatur dilarang mengunakan Radio Amatur untuk tujuan komersial dan berbual berkaitan dengan anti kerajaan, politik, perniagaan, perkauman atau mana-mana isu yang boleh menyinggung rakyat Malaysia.

 

PERSATUAN RADIO AMATUR SELANGOR  - RADAS

Persatuan Radio Amatur Selangor (RADAS) atau Amateur Radio Society of Selangor tertubuh atas usaha giat dari 9W2LAR, 9W2COL, 9W2WA dan 9W2AZH. Pada awalnya idea penubuhan itu diperkatakan di sessi-sessi eyeball seawal tahun 2005 tetapi pada tahun 2007 usaha yang giat dilakukan sehingga persatuan ini menjadi satu realiti. RADAS telah secara rasmi ditubuhkan pada 24 Mac, 2008 dan beralamat di No 19A Jalan Batu laut 28/5, Taman Alam Megah, 40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Antara objektif penubuhan ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai individu terutama mereka yang berada di Selangor untuk berkecimpung di dalam aktiviti HAM yang dianggap sihat dan bersifat teknologi tinggi.

Disamping RADAS sebagai satu-satunya persatuan di negeri Selangor selain dari persatuan-persatuan yang bersifat nasional, RADAS berharap ianya akan menjadi wadah dan peneraju aktiviti ini di Selangor khasnya. RADAS akan berusaha untuk antara lain berhasrat untuk menghasilkan HAM yang berprofessional, berpengetahuan teknologi tinggi dan komited selari dengan negeri Selangor sebagai antara negeri yang mempunyai ramai golongan professional, peniaga dan korporat. Walau bagaimanapun RADAS, sebagai persatuan untuk negeri Selangor tidak lupa untuk memberi khidmat bakti kepada yang mereka memerlukan di masa aman mahupun ketika bencana.

RADAS akan juga bergerak selari dengan persatuan radio amateur yang lain di Malaysia mahupun di luar negara untuk menjalankan akativiti-aktiviti yang boleh meningkat taraf professionalisma HAM disamping aktiviti-aktiviti sampingan yang lain. 

Jutaan penghargaan kepada Encik Azlah Hamzah, Lukman Rafie, Ahmad Ali  dan Wan Yusoff Azizuddin Wan Said  yang telah berjaya menubuhkan persatuan radio amatur di negeri Selangor yang dikenali sebagai RADAS.

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan, cadangan, komen, emailkan ke:

 - Kelab (radas@selangorham.org.my)
 - Setiausaha (suradas@selangorham.org.my)
 - YDP ( ydpradas@selangorham.org.my)
 - Bendahari (bendahari@selangorham.org.my)

Alamat

No. 66 Jalan Katung 28/11, Taman Alam Megah, 40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Jutaan penghargaan kepada Encik Azlah Hamzah, Lukman Rafie, Ahmad Ali  dan Wan Yusoff Azizuddin Wan Said  yang telah berjaya menubuhkan persatuan radio amatur di negeri Selangor yang dikenali sebagai RADAS.


PENGASAS UTAMA RADAS

 

RADAS Terus Cemerlang

30/5/2010 -  2 meter NET yg ke 4. 9w2aps Moble - Setapak, K.Lumpur. 9w2azh Base - Shah Alam, Selangor. 9w2lar Moble - Bdr Saujana Putra. 9w2ubm Moble - Dengkil, Selangor. 9w2rif Moble - Shah Alam, Selangor. 9w2gen Base - Shah Alam, Selangor. 9m2agc Moble - Bdr.Klang, Selangor. 9w2pco Base - P/Klang, Selangor. 9w2maa Moble (SMS)- Melaka.

9M4RTC

 

 

 

Maklumat lanjut hubungi;
Ustaz Umam (9W2UBM) - 019 751 0507
En. Azam (9W2MAA) -  013 602 4344

Port Semasa

RESTORAN BARJANA
Seksyen 28, Shah Alam
 

    Notis / Semakan Keputusan RAE

Sekolah HAM Selangor

 

 Pautan

Webmail Selangorham
Bilangan Pelawat
free web counter
 

   

© 2008 SelangorHAM.org.my, All Rights Reserved. Original concept by Lukman Rafie, Developed by: intrena.net

   
2Moons diltera goldshaiya goldaion kinaflyff penyamabinogi goldmabinogi gold
shaiya glod